Kerjaya kelab Edgar Salli

Beliau memulakan kerjaya bola sepaknya di Ngaoundéré dan membuat debut pada liga Elite Two ketika musim 2008-09.[3] Salli sertai kelab Elite One, Coton Sport pada musim 2009-10. Musim pertamanya bersama kelab dengan penuh gemilang apabila kelabnya menjuarai Elite One buat kali kesepuluh. Pada Mei 2011, Salli dikaitkan perpindahan ke kelab Afrika Selatan, Moroka Swallows.

Pada Julai 2011, beliau berpindah ke Monaco di Perancis dengan bayaran yang tidak didedahkan. Beliau kemudian menandatangani kontrak tiga tahun ketika kelabnya tersingkir ke Ligue 2 pada penghujung musim 2010-11. Salli membuat debut untuk Monaco ketika seri 0-0 menentang Boulogne pada 1 Ogos. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Monaco tiga minggu kemudian menentang Amiens. Beliau menghabiskan musimnya dengan menjaringkan lima gol dalam 31 penampilan.

Pada 23 Julai 2013, Salli sertai RC Lens secara pinjaman satu musim dari Monaco.[4][5] Pada 22 Ogos 2014, beliau sekali lagi dipinjam, kali ini ini ke Académica.[6]

Rujukan

WikiPedia: Edgar Salli http://www.asm-fc.com/en/ http://www.asm-fc.com/en/news/team/edgar-salli-loa... http://www.fifadata.com/document/fwc/2014/pdf/fwc_... http://www.goal.com/en/news/89/africa/2011/10/12/2... http://www.kawowo.com/index.php/football/308-camer... http://www.soccerway.com/players/edgard-nicaise-co... http://westafricanfootball.com/2010/10/09/edgard-s... http://www.lequipe.fr/ http://www.lequipe.fr/Football/Actualites/Salli-mo... http://www.academica-oaf.pt/noticias/futebol-profi...